Tuesday 29 October 2013

Pelajar MRSM diugut bunuh rakan sebaya

Pelajar MRSM diugut bunuh rakan sebayaArif (kiri) menunjukkan bajunya yang koyak dan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Georgetown: Seorang pelajar Tingkatan Empat dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau di sini, trauma kerana menjadi mangsa buli selain diancam ugutan bunuh sekumpulan pelajar sebaya dalam kejadian Sabtu lalu. 

Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Arif, 16, mendakwa dipukul kumpulan pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakannya, menyerahkan senarai nama mereka yang merokok kepada Ketua Lembaga Disiplin Pelajar, beberapa hari sebelum kejadian. 

Serang dalam bilik asrama 


Arif berkata, dia diserang kumpulan pelajar itu ketika sedang berehat di asramanya. 


“Ketika sedang berehat dalam bilik, saya ditarik sekumpulan pelajar sebelum dibawa ke belakang asrama dan disoal mengenai senarai nama pelajar merokok yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin sebelum ditumbuk di perut. 


“Beberapa jam kemudian, saya didatangi lima lagi pelajar lain dengan seorang daripada mereka menghentak kepala saya ke dinding dan mengugut akan membunuh sambil mengacukan sekeping cermin tingkap. 


“Saya diselamatkan dua pelajar Tingkatan Lima yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan cuba menenangkan keadaan. Selepas itu, saya terus ke bilik warden untuk mendapatkan perlindungan sebelum menghubungi bapa bagi membawa saya pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Brown, Gelugor, semalam.

No comments:

Post a Comment