Tuesday 29 October 2013

WIEF: Pemerkasaan ekonomi wanita kunci pertumbuhan global - Najib

WIEF: Pemerkasaan ekonomi wanita kunci pertumbuhan global - NajibPERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucaptama sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-9 di London, hari ini. - Foto BERNAMA
LONDON: Datuk Seri Najib Razak dalam ucaptama Forum Ekonomi Dunia Islam (WIEF) ke-9 di sini sebentar tadi mencadangkan pemerkasaan ekonomi wanita sebagai kunci pertumbuhan global. 

Perdana Menteri berkata wanita perlu diperkasakan dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, keusahawanan, menambah jumLah tenaga kerja dan diberi ruang sebagai pembuat dasar korporat. 


Pelajar MRSM diugut bunuh rakan sebaya

Pelajar MRSM diugut bunuh rakan sebayaArif (kiri) menunjukkan bajunya yang koyak dan laporan polis yang dibuat ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Georgetown: Seorang pelajar Tingkatan Empat dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Balik Pulau di sini, trauma kerana menjadi mangsa buli selain diancam ugutan bunuh sekumpulan pelajar sebaya dalam kejadian Sabtu lalu. 

Dalam kejadian 11.45 malam itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Arif, 16, mendakwa dipukul kumpulan pelajar terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakannya, menyerahkan senarai nama mereka yang merokok kepada Ketua Lembaga Disiplin Pelajar, beberapa hari sebelum kejadian. 

Serang dalam bilik asrama 


Arif berkata, dia diserang kumpulan pelajar itu ketika sedang berehat di asramanya. 


“Ketika sedang berehat dalam bilik, saya ditarik sekumpulan pelajar sebelum dibawa ke belakang asrama dan disoal mengenai senarai nama pelajar merokok yang diserahkan kepada Lembaga Disiplin sebelum ditumbuk di perut. 


“Beberapa jam kemudian, saya didatangi lima lagi pelajar lain dengan seorang daripada mereka menghentak kepala saya ke dinding dan mengugut akan membunuh sambil mengacukan sekeping cermin tingkap. 


“Saya diselamatkan dua pelajar Tingkatan Lima yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan cuba menenangkan keadaan. Selepas itu, saya terus ke bilik warden untuk mendapatkan perlindungan sebelum menghubungi bapa bagi membawa saya pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Taman Brown, Gelugor, semalam.

Ribut St Jude badai Utara Eropah

Ribut St Jude badai Utara EropahSeorang lelaki menolak basikal berhampiran sebuah kereta yang dihempap pokok di Hornsey di utara London. - Foto AFP
London: Hampir 300,000 rumah berdepan gangguan bekalan elektrik di Britain dan Perancis semalam, manakala kereta api serta penerbangan dibatalkan apabila ribut St Jude, yang terburuk dalam tempoh sedekad, melanda Britain, Perancis dan Belanda, menyebabkan tiga orang terbunuh.

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun meninggal dunia selepas pokok tumbang menimpa karavannya ketika mangsa sedang tidur di Hever, tenggara England dan lelaki berusia 50-an mati apabila pokok menimpa keretanya di Watford, utara England, kata polis. 

Di Amsterdam, seorang wanita yang sedang berjalan maut apabila ditimpa pokok tumbang. 


Keadaan laut yang bergelora memaksa pasukan penyelamat menghentikan usaha mencari budak lelaki berusia 14 tahun yang dihanyutkan ke laut di selatan England kelmarin.


Terperangkap dalam feri


Lebih 450 orang terperangkap selama beberapa jam di atas dua feri di luar pelabuhan Dover selepas ia ditutup kepada laluan laut, apabila ombak besar melanda pantai kedua-dua Channel.


Pusat cuaca kebangsaan di London melaporkan angin bertiup dengan kelajuan 159 kilometer sejam di Isle of Wright di pantai selatan negara itu. 

Pada masa sama angin kencang selaju 128 kilometer sejam di tempat lain, menumbangkan pokok, manakala kren jatuh ke atas bumbung bangunan kerajaan di tengah London. Polis berkata, tiada yang cedera dalam kejadian itu.

Persatuan Rangkaian Tenaga melaporkan 220,000 rumah di seluruh Britain tidak mempunyai bekalan elektrik apabila tiang elektrik tumbang di seluruh negara.


Di utara Perancis, ribut menyebabkan bekalan elektrik ke 65,000 rumah terputus awal semalam, menurut rangkaian pengedaran ERDF, selepas angin kencang mencecah 139 kilometer sejam. Terdahulu, ERDF meramalkan 75,000 rumah terjejas.


Pengangkutan awam terjejas


Selatan England turut terjejas apabila pihak berkuasa membatalkan perkhidmatan kereta api membatalkan perkhidmatan di seluruh wilayah berkenaan.


Ramai pengguna menangguhkan perjalanan mereka, menyebabkan stesen di tengah London sunyi sepi ketika waktu puncak.


Sementara itu, Lapangan Terbang Heathrow membatalkan 130 penerbangan manakala kelewatan juga dilaporkan pada perkhidmatan tren Eurostar.


Lebih 30 anggota bomba dikerah ke tempat letupan gas di Hounslow, barat London, selepas pokok tumbang menyebabkan saluran gas utama pecah. Tiga rumah runtuh dan dua lagi rosak, kata bomba.


“Ia malam sukar kepada ramai penduduk London dan berterusan sehingga pagi,” kata Datuk Bandar London, Boris Johnson.


Katanya, perkhidmatan pengangkutan dan kecemasan bekerja keras untuk memastikan London terus hidup dan meminimumkan gangguan sebaik mungkin.


Ribut St Jude, pada awalnya diramalkan menjadi paling buruk dalam masa sedekad.

AFP

Akaun Facebook suspek jadi perhatian

Akaun Facebook suspek jadi perhatianFacebook Ardi Hamzah, suspek kes tembak pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya. - Foto Muhd Asyraf Sawal
Kuala Lumpur: Akaun Facebook, dipercayai milik Ardi Hamza, 37, suspek utama pembunuhan kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, menjadi perhatian orang ramai sejak kelmarin. 

Laman berkenaan yang menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela itu, menggunakan gambar profil mirip wajah suspek yang diedarkan polis sejurus pembunuhan pada Rabu lalu. 

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata polis yang turut memantau, percaya akaun Facebook terbabit milik suspek. 


Berdasarkan semakan BH terhadap laman itu, pemiliknya memuat naik status terakhir, dua hari sebelum pembunuhan terbabit, dengan tulisan, “Jum Blik kampung kita.... mat mlam all” (jom balik kampung kita, selamat malam semua). 


Sehingga jam 9 pagi semalam, seramai 186 pelayar internet berkongsi status terakhir lelaki itu sambil mengecam pembunuhan yang dilakukan dan mengajak orang ramai membantu polis menjejaki suspek. 


Tunjuk gambar pakai seragam pengawal 


Himpunan gambar yang disimpan dalam akuan itu antara lain menunjukkan suspek memakai seragam pengawal keselamatan, lengkap memegang senjata api jenis Pump Gun dan dipercayai dirakamkan ketika bertugas di bank. 

Antara gambar lain yang dimuat naik lelaki itu termasuklah lebih tiga keping gambar longgokan wang tunai dan aktivitinya bersama rakan ketika bersenam dalam gimnasium. 

Berdasarkan bahasa digunakan pada status dan kebanyakan komen dalam laman itu, menunjukkan pemilik akaun terbabit berasal dari Indonesia, sekali gus menguatkan lagi kenyataan polis sebelum ini bahawa suspek berasal dari Sulawesi, Indonesia. 


Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya, jam 6.20 petang Rabu lalu, Norazita, 37, yang juga Pegawai Operasi Ambank Cawangan USJ, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat kerjanya. 


Larikan wang tunai 


Suspek kemudian melarikan wang tunai RM450,000 dari bilik kebal bank berkenaan yang sebelum itu dibuka oleh mangsa untuk menyimpan wang. 


Dalam usaha memburu suspek, setakat ini polis menahan tiga individu termasuk isterinya pada hari kejadian kerana dipercayai turut bersubahat dan menemui wang tunai RM30,000. 


Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut mengesahkan suspek terbabit menggunakan MyKad palsu berdasarkan nombor dokumen itu tidak wujud dalam sistem maklumat jabatan itu.

Monday 21 October 2013

ARTICLE of MANAGEMENT


Helping You Help Me: The Role of Diagnostic (In)Congruence in the Helping Process within Organizations

  • Receivers of help must be assertively proactive in orienting givers to the project and helping givers understand the kind of help needed.
  • Even when parties agree that an episode should be considered "helping," the boundaries of helping roles must still be negotiated in order to clarify what norms and behaviors are applicable.
  • The timing of certain behaviors is an important determinant of how a helping episode will unfold. When help-givers and receivers quickly establish a mutual understanding of the project and what sort of help is needed, they are more likely to have a successful interaction.
  • Both givers and receivers use two primary cues to understand the extent to which an episode is helpful: their perceptions of progress made during the episode and their emotions during the episode, which can be mutually reinforcing.
  • The presence of negative emotion is sufficient to induce perceptions that a helping episode is unsuccessful even when instrumental progress occurs and/or the client is pleased with the outcome.
  • To the extent that individuals perceive their prior experience with any particular helping episode to have been more or less successful, they will be more or less likely to engage in the discretionary behaviors of either seeking or giving help in the future.